Peperiksaan GMAT yang Lebih Pendek Dilancarkan pada 16 April

Perubahan Mesra Calon Direka Bentuk untuk Mempertingkat Pengalaman dalam Mengambil Ujian

RESTON, Va., April 05, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Graduate Management Admission Council (GMAC) telah memendekkan jangka masa peperiksaan GMAT sebanyak 30 minit sebagai sebahagian daripada fokus berterusan untuk mencipta pengalaman pengujian terbaik dan menawarkan ciri mesra pengguna. Peperiksaan baharu yang lebih pendek selama 3.5 jam dan bukannya 4 jam, akan tersedia untuk pengambil ujian di seluruh dunia bermula daripada 16 April.

Kualiti peperiksaan kekal tidak berubah dari segi kebolehpercayaan, kesahihan, keselamatan dan integriti. Markat GMAT sebelum dan selepas perubahan ini akan kekal sama dan setanding merentasi masa.

“Kami sentiasa mencari cara untuk membantu membina keyakinan calon dan memperkemas pengalaman ujian, semuanya dengan satu matlamat iaitu untuk membantu pengambil ujian GMAT membuat yang terbaik pada hari peperiksaan mereka,” kata Vineet Chhabra, pengarah kanan pengurusan produk untuk GMAC. “Kami percaya calon akan kurang resah dan rasa lebih bersedia, ini akan menyumbang kepada refleksi lebih baik pada prestasi sebenar mereka dalam peperiksaan.”

Penjimatan masa dicapai dengan memperkemas dua bahagian peperiksaan yang lebih panjang, bahagian Kuantitatif dan Taakulan Berbahasa, mengurangkan jumlah soalan penyelidikan yang tiada markat dalam bahagian ini. Beberapa tutorial dan arahan skrin yang pengambil ujian lihat di pusat ujian juga telah diringkaskan. Tiada perubahan pada bahagian Penulisan Beranalisis atau Taakulan Bersepadu peperiksaan. Cara peperiksaan GMAT dimarkatkan, kandungan peperiksaan, jenis soalan dan purata masa per soalan tidak berubah.

“Melalui maklum balas pasaran berterusan dan kajian semula operasi, kami dapat mengenal pasti peluang untuk memendekkan peperiksaan ini, tanpa mengubah kebolehpercayaannya,” kata Chhabra. “Perubahan ini tidak akan mempengaruhi pemarkatan peperiksaan GMAT oleh kerana jumlah markat soalan tidak akan berubah. Algoritma permarkatan akan kekal sama; Jumlah Markat dan markat bahagian Kuantitatif dan Taakulan Berbahasa individu akan setanding dengan peperiksaan yang diambil sebelum perubahan ini. Tiada tindakan atau perubahan diperlukan daripada bahagian sekolah perniagaan atau universiti. Kami memberikan pengalaman pengujian yang lebih baik kepada calon, dalam masa yang sama memberikan sekolah perniagaan permarkatan yang berkualiti tinggi, adil dan kebolehpercayaan yang sama.”

Berserta dengan perubahan ini, GMAC memberikan tutorial dalam talian baharu yang memimik skrin yang pengambil ujian lihat pada hari peperiksaan, meningkatkan dan memperkemas pengalaman pusat ujian dengan lebih lagi. Dengan mengalihkan maklumat tutorial dalam talian, ke www.mba.com/, pengambil ujian boleh mengaksesnya sebelum tiba di pusat ujian, mengikut keselesaan mereka dan sekerap yang mereka mahukan.
Peperiksaan GMAT direka bentuk untuk mempamerkan kemahiran yang paling relevan kepada peneraju program pengajian perniagaan dunia, 9 daripada 10 kemasukan MBA secara global dibuat menggunakan markat GMAT.

Untuk sejajar dengan perubahan, GMAC melancarkan alat persediaan Rasmi GMAT yang baharu untuk disesuaikan dengan struktur peperiksaan yang lebih pendek. Peperiksaan Latihan dan Soalan Latihan Rasmi GMAT akan tersedia pada platform dalam talian untuk mudah digunakan dengan lebih baik, juga beberapa peningkatan ciri seperti rakam masuk tunggal dan keupayaan untuk mengakses bahan persediaan merentasi berbilang peranti. Alat persediaan Rasmi GMAT merupakan satu-satunya sumber rasmi soalan GMAT terdahulu dan penyelidikan Majlis menunjukkan bahawa calon yang menggunakan produk rasmi memarkatkan purata 18 peratus lebih tinggi pada peperiksaan GMAT berbanding mereka yang tidak menggunakannya. Alat latihan akan tersedia pada penghujung April.

Perubahan ini merupakan sebahagian daripada siri peningkatan mesra calon pada peperiksaan GMAT untuk tahun terkini, semuanya memfokus pada meningkatkan pengalaman pengujian, termasuk:

  • Pemilihan susunan bahagian peperiksaan pada pusat ujian (Pilih Susunan Bahagian)
  • Menjadikan markat tidak rasmi tersedia dengan serta-merta, sebelum meninggalkan pusat ujian selepas peperiksaan
  • Kemas kini pada pembatalan markat dan pilihan pengembalian semula

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perubahan ini, sila semak semula FAQ kami: http://www.mba.com/global/frequently-asked-questions/shorter-gmat-exam

Perihal GMAC: Graduate Management Admission Council (GMAC) adalah sebuah persatuan bukan untung global untuk 223 peneraju sekolah pengajian perniagaan. Ditubuhkan pada 1953, kami komited secara aktif untuk memajukan seni dan sains kemasukan dengan mengadakan dan mewakili industri serta menawarkan produk dan perkhidmatan terbaik dalam kelas untuk sekolah dan pelajar. GMAC memiliki dan mentadbir peperiksaan Graduate Management Admission Test® (GMAT®), yang digunakan oleh lebih daripada 7,000 siswazah program di seluruh dunia. Penilaian GMAC lain termasuklah peperiksaan NMAT oleh GMAC™, untuk kemasukan ke program pengajian pengurusan di India dan Afrika Selatan, dan Penilaian Eksekutif, direka bentuk khusus untuk Program MBA Eksekutif di seluruh dunia. Majlis bertapak di Amerika Syarikat dengan pejabat di London, New Delhi (Gurugram) dan Hong Kong. Untuk maklumat tentang penilaian, alat pembelajaran atau perkhidmatan untuk calon, lawati www.mba.com. Untuk maklumat tentang Majlis dan perisikan pasaran kami, peluang dan perkhidmatan pembangunan profesional untuk pengajian pendidikan pengurusan, sila lawati www.gmac.com.

HUBUNGAN MEDIA: Tania Hernandez-Andersen, Pengarah Sr. Komunikasi Jenama Korporat GMAC, thernandez-andersen@gmac.com atau 703-668-9638 (pejabat), 571-294-4059 (mudah alih).